BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 13, 2011

----bila cinta didusta----

perit x tajuk nie?? hehe..ingt nk join contest sorg blogger yg sgt aku kagumi. tp ntahla. join senyap2 je aci x? hahaha..

tajuk cerita cinta aku ialah
Bila Cinta Di Dusta

Menginjak umur 20, aku baru kenali apa itu erti cinta. Bermula dengan ruangan chatting di sebuah stesyen televisyen swasta.Aku yang mula menyapa dia. semua gara-gara aku terbaca perbualan yang mengatakan dia mencari kawan di sebuah universiti uitm di kota. kebetulan, aku mempunyai seorang kawan semasa di matrikulasi yang akan mengambil jurusan dan universiti yang sama dengan bekas kekasihku yang ku namakan Mr. S (bukan nama dalam kad pengenalan).

Dari situ, bermulalah bibit-bibit mesra antara kami. Dia insan yang sangat memahami dan sangat prihatin orangnya. Tambah pula dengan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya saja boleh membuat ais di kutub utara cair (ye ke ni???.hahhahah).

Tapi, dek kerana jodoh itu tak lama,kami terpisah.

Masa berlalu. 2tahun kemudian dia muncul semula menagih cintaku. masa tu, aku baru habis belajar dan mula mengenali alam pekerjaan. tapi masa dia muncul, aku sedang bercinta dengan seseorang. Kami hanya berkawan baik. Alkisahnya terjadi perpisahan antara aku dan ex aku ni. si S pun ajak rujuk cinta kembali setelah merayu hingga berbaldi-baldi air mata dia tumpah ke bantal tempat tidur dia. masa tu hati aku keras. cukup keras untuk mengatakan tidak pada dia. Satu hari,hati aku cair dengan kata-kata dia. aku harap, hubungan ni berpanjangan.

Malangnya, ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari. Aku yang baru kenal facebook tu mencuba untuk mencari akaun facebook milik si S. Alhamdulillah. aku jumpa akhirnya. ku teliti akaun facebook dia. Mataku tertumpu pada ruangan info. IN A RELATIONSHIP with N.....??? aku kaku.kelu.kaget.panik.seram sejuk.sakit.sedih.patah hati.kecewa.geram.marah bercampur baur. setelah memulakan penyiasatan aku, benarlah dia mempunyai hubungan dengan perempuan tu. tapi aku sikit pun xsalahkan perempuan tu. sebab akulah orang ketiga.ya. aku!!!

Kami bergaduh besar. Bagi aku.semua dah berakhir. aku tak mahu jadi orang ketiga.aku tahu aku mesti segera berundur. tetapi,dia enggan melepaskan aku. dia kata..."saya sayangkan awk lebih dari saya syg dia.

Hati aku luluh. Rasa ingin memaafkan menebal dalam diri setelah berkali-kali dia berjanji akan memutuskan hubungan dengan N. Aku akur memaafkan dia atas dasar CINTA. Ya..CINTA buat aku buta.

Aku meneruskan hidup macam biasa. 1 hari dia berhenti menghubungi aku. SMS tidak berbalas. Panggilan tak berjawab. Malam itu, sedang aku lena tidur kedengaran bunyi mesej masuk. aku teliti mesej walaupun sukar untuk membuka mata. "Awak, sorryla. Saya dah bosan la dengan awak. lagipun saya masih couple dengan N. Bye...", air mata aku mengalir. Sambil menyeka air mata aku bingkas bangun dan ku dirikan Qiamullail. Hanya Allah dapat mengubati hatiku saat itu.

Sebulan lepas dia muncul kembali. Bermula dengan 'missed call' yang dia buat berkali-kali. Aku memang tak layan nombor yang tak dikenali. Tapi bila dia memperkenalkan diri, semua kisah lama muncul kembali. Bermula lah episod duka dalam hidup aku. Dia kini di PULAPOL menjalani latihan. Menyatakan bahawa N sibuk bergelar seorang guru dan itu membuat hubungan mereka putus di tengah jalan. Aku percaya. Bodoh sungguh aku masih percayakan lelaki yang berkali-kali menipu dan mempermainkan perasaan aku.

Satu malam, aku tergerak untuk menjejaki N. Bukan susah nak menjejaki seseorang dalam facebook tu. Aku jumpe profile N. Tergerak untuk meneliti gambar-gambar N. Berderau darah bila ternampak N dan baju tunang ala-ala baju nikah tu. Aku siasat lagi. Wah...S pun ada komen kat gambar dia. Syg???? Sah! Dia tak pernah dan takkan berubah. Saat tu S masih lagi nak menipu. Dia kata dia memang sudah bertunang tetapi sudah putus. Mereka bertunang 4hb Jun. 2 minggu bertunang dan putus? Dia menuturkan penipuan demi penipuan untuk menutup semua penipuan dia.

Aku nekad. Lelaki seperti ini tidak layak memiliki aku. Aku tak pernah mempersoalkan penipuan yang pernah dia buat. Aku tinggalkan dia dgn berbagai2 kata-kata nasihat agar tidak melukakan N. Tidak tergerak langsung untuk memberitahu N. Aku juga perempuan. Aku tahu perasaan itu. Aku tak mahu melukakan sesiapa lagi.

Kini aku mulakan hidup baru. mengenali seseorang yang betul-betul dapat membuatkan aku malu.tak dapat berkata-kata. tak mampu bertentang mata. Cukuplah sebagai seorang kawan. Aku bahagia melihat dia bahagia. Mencintai tak semestinya memiliki.