BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 22, 2011

dlm dunia ni banyak kategori org..hari ni nak membincangkan beberapa kategori org yg aku dpt lihat melalui facebook..hahaha..


1. Kaki perasan

yg ni memang aku alergi sepi sikit. contoh kalau nak komen kat pic org.

'bese2 je' @ 'xde la cantik@hensem sgt pun'.

manusia gini kalau la kita fikirkan. oh..maybe dia ni cantik@hensem sgt sbb post komen kat gambo org mcm tu. bile tgk profile....aisehhhhh...! org yg dia komen tu seploh kali lebey cantik@ensem dari si pengomen nie. HAHAHHAHAHA..Gotchaaa!!!!

2. Kaki Tunjuk Duit

yg ni yg suke gebang tunjuk duit tu la..adoilaaaaa...duit yg same ke bang utk sepuluh2 gambo tu? nak sahkan pon xleh sbb xnmpk serial no. adoila...sgt xleh blah la mereka ni..

3. Kaki Tipu

hehe..yg ni slalu dikaitkan ngan bisnes kat fb la.de segelintir yg menipu. aku sbg sorg peniaga kat fb.blog.offline sgt merasa teraniaya ngan golongan nie. almaklumla.sebab nila ujala setitik..rosak susu sebelanga.

nanti sambung balik...

Tuesday, June 7, 2011

cerita di sebalik sebuah pengangguran

assalamualaikum


cerita benar.benar-benar belaka.


tipah (bukan nama penuh) seorang graduan dari sebuah IPTA. bergraduat dengan cemerlang.
ni bukan gambo konvo tipah.nampak x? Tipah pakai tudung laaaaa...

cemerlang la kan kalo pointer dah nak dekat 4 flat tuh..alkisahnya..tipah sangat-sangat susah dapat kerja. seolah2 macam badi.mana-mana dia mintak kerja mesti xdapat. bukan nak kata panggil dapat.panggil interview pun susah. dalam hati tipah. dia menyesal belajar jurusan tu. dulu tipah yakin. kalau la susah sangat dapat kerja. takkan la ipt ni nak wujudkan kursus tu.

dulu..tipah pernah bekerja di sebuah kedai telefon time tunggu SPM. senang dapat kerja. bos pulak ensem. sekangkang kera je dari umah tipah.



ni bukan kedai tipah kerja.sebab kedai yg tipah kerja tu da bankrap..hehe



satu pagi..tipah dengan happy nyanyi lagu Westlife pegi keje. sampai-sampai je bos suruh lap cermin kedai. biasa la....ingat kerja pembantu kedai datang-datang terus dapat breakfast ke? no wayyyy la...xdapat dol. alkisah di suatu petang time Tipah sedang men 'topup' kan tepon sorang customer. ..

chayanunalip: kenapa u pakai tudung? u xrimas ke? mak marah ke?
tipah cantik: kenapa sy pakai?? untuk buat awk faham la..ni suruhan agama sy..kewajipan sy (terang lebih2 bkn dia fhm pon.kang dia tido pulak)
chayanunalip: kan cantik kalo u free hair..pakai earring labuh tu..mesti semua org pandang..
tipah cantik: huh?? xleh..berdosaaa wooo.nanti masuk neraka.
chayanunalip: ala..have fun la.cantik2 mesti org suka.org dekat.
tipah cantik: buat pe dorang nk dekat ngn i lak? i xsuruh pun. lagipun..i sk what mcm ni.islam is the way of life. i bangga dilahirkan islam n always will be.

dia senyap. terus repair henpon n xcakap ngan Tipah.mlm tu chayanunalip bagi tipah RM15 untuk 12jam bekerja.tipah terkebil-kebil. cukupla tu. esok u datang lagi. xpayahla pakai tudung2 lagi. lu cukup cantik la tipah..

tipah terkedu. tobat taknak datang dah. KEJAM.

berbalik pada cerita Tipah sekarang.
menyedari kursus yang diambilnya tak mendapat sambutan macam tiket konsert Bibir, Tipah bersedia bekerja sebagai apapun waima seorang kerani.





tapi malangnya. Tipah sangat benci iklan seperti ini:

JAWATAN: KERANI
KELULUSAN: MIN SPM (LEPASAN IPT TIDAK AKAN DILAYAN)
GAJI:RM1000

Tipah patah hati. kenapa Tipah dilayan sebegini? adakah kedudukan Tipah lebih rendah selepas memiliki Ijazah? Tipah tak memilih kerja macam orang lain tuduh. Tipah nak kerja.tolong keluarga Tipah..pe terjadi kepada Tipah selepas itu??? Lu fikirlah sendiri..hihi..

p/s: sape2 nak kerja jadik pembantu gerai aku kat uptown roger ek..hehe..


Monday, June 6, 2011

aku dan cinta

salam..

Kisah aku (bukan nama sebenar) dan cinta

cinta..
bahagianya aku bila kau tiba
tiada kata dapat menggambarkan betapa terujanya aku
betapa bahagianya aku
betapa bersyukurnya aku

aku
belajar untuk setia
belajar untuk menyayangi
belajar untuk disayangi
belajar untuk saling melengkapi
sgt..sgt..sgt.. setia
setiap kata aku kotakan
melindungkan perasaan sakit hati aku untuk menjaga hatimu
sakit..tapi xpe..
sebab aku tahu
bila kau gembira..
aku juga turut gembira

kau
berubah sikap
mula berpaling
sms, panggilan xberjawab
1 mesej yg kau hantar
'maaf awk..sy dah xde hati dgn awk..'

remuk..hancur..
sms tu ku tenung berulang kali
apa salahku??
apa dosaku??
tak layakkah aku untuk mu?
mana janji2 manismu?

cinta..
bila kau tiba..
dunia rase sgt berwarna warni
hati sangat lapang
gembira sangat
tapi bila kau (cinta) pergi
suram-muram-kelam
aku tak dapat gambarkan lagi
aku pasrah

aku
berhak bahagia
semua yg terjadi ada hikmah disebaliknya..