BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 27, 2011

semangat2!!! NEVER SAY NEVER!!!

say NO to ABORTION!!!!

sorry2.tajuk b.i lak. hehe. anda baca akhbar UTUSAN hari ni? dalam sisipan MEGA tu de topik ni sebenarnya. Wahhhh..senangnye nak gugurkan! pe nak jadi dunia ni agaknye. yang terkini ade lak ubat yer..patutla gejala maksiat berleluasa. Buat mana suka. bile da termengandung, nak gugur boleh..nak buang lagila boleh..wahhhh! senang2..KALAU tertangkap..maksimum penjara 7 tahun je kalo abort. wahh!! senang2!! (senang ke? walaupun aku rase ni xcukup bila melibatkan nyawa bayi xberdosa. xkira la da cukup sifat ke x). Patutnye, berani buat berani la tanggung. ade yg dah buat kali pertama leh nak abort lg kali ke2. maknanya senang la kan??Betulla kata mereka2. kalau ada duit, semua boleh. Dunia akhir zaman. Nauzubillahh!! Jauhkanla diriku..kawan2ku..keluargaku dari melakukan dosa terkutuk ni. xsanggup tengok da janin n mayat bayi dilambak2 kan lebih hina dari sampah. dimakan binatang buas. digonggong anjing. Ya Allah! mana sifat perkemanusiaan manusia akhir zaman nie? bayi yg sepatutnya dijaga dan disayang serta dilindungi. Tempatnya bukan di tong sampah atau mana2 tempat jijik yg lain. mereka bukan sampah.mereka anugerah Allah!! kadang2 terbit gak kat hati aku. xde ke rase sedih buat mcm tu. kita ni tgk budak baru nk dihinggapi nyamuk kita dah halau. yg dibiarkn digigit berjuta ekor semut mcmne pulak??? GERAMNYA aku!!! huhuhu. mereka2 yang xpatut lahir di dunia ni.bkn bayi2 tu.huhu. (emo ni...)...
penat nk marah.cuma jgn jumpe depan mata aku la org yg buang @ abort baby ni. siap la kau aku cili2.(boleh ke ni?) hohohohoh.

p/s: soriler kalo xde gambo. aku sebak nk tgk gambar2 tu..huhu

Monday, April 25, 2011

B.E.N.G.A.N.G

bila kau hanya tau berckp
bila kau cakap xtau
bila kau malas
bila kau berlagak
bila kau menyindir
bila kau cakap xserupa bikin
bila kau xsenonoh
bila kau xmenghormati
bila kau menyibuk


AKU BENGANG..sekian..wassalam.

Saturday, April 23, 2011

kisah 1#-seorang peminta sedekah

ini kisah benar. dan kisah ini benar belaka.tiada tokok-tambah...

mlm tadi sedang aku asyik berniaga. ternampak kelibat seseorang dgn beg dan harmonika dia. ingatkan dia nak jalan terus.tp sebaliknya dia berhenti dan terus meletakkan beg di tepi geraiku. dia mencari-cari sesuatu didalam beg galasnya. oh! baju.."dia nak salin baju ke?",aku menoleh. tiba-tiba dia membentangkan bajunya di tengah2 'trafik' yg ingin masuk ke geraiku. panas juga hati ni. kelihatan dia mengeluarkan 2 keping not rm1 dari poketnya dan diletakkan di atas bajunya tadi. umpan seorang peminta sedekah. sungguh berkat. dalam masa 5 minit, tak kurang rm5 dia perolehi. setiap manusia yang lalu lalang,tidak 'melepaskan peluang' untuk menderma kepadanya. percaya atau tidak, dalam masa xsampai 15 minit, dia berjaya memperolehi lebih kurang rm30-40. wah!!! lebih berjaya dari seorang peniaga macam aku. tiada modal. untung bersih! pemurahnya rakyat malaysia. aku bangga. tapi maafla. aku tidak pernah bersimpati pada dia. kerana apa?? kalaulah setiap pemberi sedekah itu tahu kemanakah duit itu akan dibelanjakan. mahukah mereka bersedekah? sekian lama aku memerhati dia. hampir 6 bln mengenali dia. teringat 1 kisah lepas tengah malam. kira-kira 3bulan lepas.masa baru nak balik berniaga.aku pernah nampak dia terbaring dicelah-celah kereta ditempat letak kereta di kawasan yang gelap. aku sangkakan orang pengsan.bila kuhampiri, dia bingkas bangun. jalan terhuyung-hayang. membuat aku lari lintang pukang ketakutan. dia mabuk!! masyaallah!! bukan sekali. bukan 2 kali. tetapi DIA SERING MABUK!! mereka tentu tak mahu menjadi penggalak untuk seseorang membeli air syaitan tu..

Kadang-kadang, tidak mengapa kita menjadi kedekut. Kedekut untuk tidak menggalakkan mereka berbuat sesuatu yg tidak baik adalah sesuatu yang baik. seeloknya, jika mereka kata mereka lapar. berilah mereka makanan(ni alasan sering kita dengar). kalau mereka menolak..faham-fahamla. mereka hanya nak duit.cara senang. sungguh licik. ini baru kisah seorang pemabuk a.k.a peminta sedekah. belum lagi si 'pemimpin' orang buta. nanti aku post lagi. in kisah 2#

Friday, April 22, 2011

suka @ cinta

KALAU...
korang suke tgk dia.
segan nk tegur.cakap pun xpenah.
gembira bile jumpe.
MAKNANYA..
korang SUKE dia.


KALAU...
korang rindu dgr suara dia.
suke nk borak ngan dia.
hati berdegup kencang bila dgn dia.
berbunga2 bila berjumpe.
MAKNANYA..
korang CINTA dia.

hehe..tergerak lak mlm ni nak post tentang nie. nak tau kenapa?? tetttttttttt!!!
hahaha..suke aje okeh?? no cinta2..lalalala

Thursday, April 21, 2011

petua zaman dolu(menjaga RAMBUT)


kecian akak ni rambut sik gugur je.nak2 time sikat..jgn sikat rambut time basah tau. sbb time basah..kecenderungan rambut utk putus dan gugur amatlah tinggi.
so,jomla kita jenguk petua2 nie. korang mesti da penah dgr..

Mencantikkan Rambut



Bahan-Daun limau purut & bunga raya
Caranya:
1) Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
2) Tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.Biar dlm 15 minit kot lebih
kurang.then bilas ler.

Hindari Rambut Gugur

Ada 2 cara yg selalu kita dgr. terpulang mane 1 senang..hihi

Cara A
Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.

Cara B
Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.

Meluruskan Rambut

Bahan-santan kelapa
Caranya:
1)Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua.
2)Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari
3)Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

amalkan la kalo ade masa (nasihat utk diri sendiri juge..hehe..tp jgn la niat da cantik nk tayang kat org bkn mahram kita..hihi.just my 2cent advice)

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Wednesday, April 20, 2011

bila umur 25..

aku mulakan dgn 1 soalan yg sgt selalu aku dgr lately.

'bila nak kawin??'

opsss!! jawapan aku satu je. DIAM SEJUTA BAHASA. hekhek.seriously aku xde jawapan utk soalan nie. bukan memilih. cuma aku rase bagaikan ada 1 daya yg tarik aku dan jauhkan aku dari fikir benda tu. tapi ni la antara jawapan2 aku kdg2 bila da bosan ngan jawapan DIAM SEJUTA BAHASA tu.

a) ala.baru 25.mude lagi.(makcik2 kate 25 da ade anak 2 patutnye..erk??)
b) lom ade keje tetapla..(tapi dibidas teruk. bkn pempuan sara laki katenye..what??
hukhuk)
c) xde org nak (ahaks..jawapan paling cliche. tp takot nk bg jawapan ni.nanti org sibuk
nak carikan.)
d) belom sedia lg (mama cume kata.pe xsedia? masak da boleh.jaga budak da boleh
aiyyaakkk!!)

Memang aku xsedia lg. byk bnda aku impikan dlm dunia nie. n paling penting. aku xnk jadi beban sesapa. hati aku lum sampai ke tahap tu lg. masih mencari pe yg kurang. kwn sekerja aku dlu ade msj. aku jawab. nape la xbosan2 duk sms aku. dia kate 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'. ops! dia ni la antara org yg da bersedia utk menuju alam itu. TAPI BUKAN AKU..

25 muda lagi kan? hehe..aku lum puas jadi anak yg paling rapat ngan mama dan papa. aku lum puas jadi kakak yg memerhati dan menjaga adik2nye. aku lum puas jadi seorg aunty yg sentiasa menjaga anak buahnye.




penat..penat..
xboleh nak fikir lagi...

aku suke aiskrim!!!

Teringin nak buat aiskrim sendiri..hehe (sebab aku hantu aiskrim) ngeeee~~~. google2 terjumpe kat kosmo artikel nie..nak cube x? jojommm!!!
first of all, alatan yg kita perlukan adalah pemutar elektrik sama ada jenis pegang (hand-whisk) atau bermangkuk (with stand) bagi yg lenguh2 tangan nk pegang..ihiks..

my fav is vanila choc juge.. but still leh campurkan hirisan kecil buah-buahan seperti laici atau strawberi, kekacang panggang seperti badam atau serbuk biskut seperti Oreo (kalo siap ni memg kalah la haagen dazs.haha) Selain itu, boleh masukkan parutan coklat masakan atau coklat urai dan cip coklat. Jadi, kesimpulannya banyak bahan yang boleh dimasukkan untuk menyedapkan aiskrim yang dibuat di rumah.(agak2 le kan.jgn la bnda2 xberkaitan korang masukkan).huhu.



Wajib ke buat aiskrim yang menggunakan telur? xwajib okeh? Oleh kerana telur tidak dimasak, aiskrim begini tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung, bayi atau orang-orang yang terlalu tua. Ini adalah kerana mereka mungkin mendapat keracunan salmonella. Ini disebabkan daya ketahanan mereka agak lemah.ade faham??

Di antara lima bahan untuk membuat aiskrim, mungkin ramai yang masih tidak biasa dengan krim putar. Ia dikenali dengan whipping cream atau double cream. Manakala whipped cream pula adalah krim putar yang sudah diputar hingga kental atau keras.

Jangan terlebih putar atau pukul kerana ia mudah menjadi cair semula. Jika ini terjadi, anda tidak boleh menggunakannya lagi. Lakukan dengan pemutar elektrik pada tahap paling minimum. Jika hendak memukul dengan tangan, gunakan pemutar belon atau balloon whisk.

Setiap kali memutar krim, gunakan pemukul yang sudah dibilas dengan air panas dan dilap kering. Begitu juga dengan mangkuknya. Jika ada kesan gris atau lemak serta minyak (dari mentega atau marjerin), krim putar tidak akan menjadi kental. Sebaik-baiknya letak pemutar dan mangkuk di dalam peti sejuk supaya krim mudah kental.

Jangan keliru di antara krim putar tenusu dengan yang bukan tenusu (non-dairy topping). Meskipun ia dijual di dalam bekas yang hampir sama, krim bukan tenusu adalah untuk menghias kek. Non-dairy topping lebih putih dan mudah kental bila dipukul.Jadi, ia sangat sesuai digunakan sebagai aising. Anda perlu campurkan dengan gula aising secukup manis sebelum memukulnya. Namun begitu, ada juga yang dijual sudah sedia manis.

Coffeemate memberi rasa lemak dan harum pada aiskrim. Ia memang mudah larut dengan gula dan susu. Jika anda ingin mengurangkan lemak di dalam aiskrim, gantikan susu segar dengan susu rendah lemak atau susu skim.

Bekas menyimpan aiskrim sebaik-baiknya diperbuat daripada plastik. Ia mestilah mempunyai penutup yang kemas dan tidak mudah tanggal. Kalau boleh, jangan gunakan plastik pakai buang kerana ia mudah pecah setelah disimpan lama di dalam peti pembeku.

Jika membuat aiskrim dengan banyak, bolehlah campurkan pelbagai perisa dan pewarna berbeza. Tandakan pada bekas tempat menyimpan (peti pembeku) supaya lebih sistematik. Catatkan tarikh dibuat kerana ia selalunya tahan sehingga tiga bulan. Sebelum dimakan, biar pada suhu bilik selama lapan hingga 10 minit sebelum mencedukkannya ke dalam gelas.

Aiskrim buatan sendiri tidak seperti aiskrim yang dibeli di kedai. Oleh kerana aiskrim buatan sendiri tidak mempunyai bahan pengawet atau campuran kimia yang lain, ia mudah cair berbanding dengan aiskrim komersial.

Untuk memastikan aiskrim 'separuh beku' (langkah ke-4), perhatikan sekeliling aiskrim. Jika keras, bolehlah dituangkan ke dalam mangkuk. Jika terlebih masa dan aiskrim nampak terlalu beku, keluarkan dan biar pada suhu bilik.

Sebaik saja sebahagiannya menjadi cair, terus pukul hingga teksturnya halus dan kembang sedikit. Kemudian tuangkan semula ke dalam pinggan.

Anda boleh hidangkan aiskrim dengan ceri, kekacang cincang, sos coklat atau sos strawberi. Untuk aiskrim hijau, cuba tambah perisa pudina dan warna hijau manakala perisa keladi, pilih warna ungu. Jadi, terpulanglah pada kreativiti masing-masing.

Biar bagaimana anda menikmatinya, yang penting, rasanya amat lazat!

++++ni resepi dia+++++





Sumber : Kosmo

BILA DAPURKU BERASAP...

macam xpernah je post entri tentang masakan kan.hehe..name pempuan.kenala tunjuk skill2 memasak didapur.menu hari ni IKAN TONGKOL MASAK LEMAK CILI API.taraaaaaaa!!!!!



p/s:sorry ler xleh nak snap pic through the process. almaklumler sorang2 je masak kat dapur. hoho. xde assistant tlg snap pic. ni end product dia. dlm piuk (periuk) lagik..ikiki..(lokasi: dapur umah putrajaya)

selama ni siyes xpenah try masak lemak. sebab pe? bkn sebab xbercintan ngan org nogori la..ekekeke.sbb aku xberani nk masak gune santan. takot bebenar santan tu berketul2.tp hari ni cube la jugak. papa da mengidam nk mkn masakan anak dara dia nie.heheh. tp dek kerana tukang masak ni gile mkn pedas..pedas la masakan itu..berapi2!! ekeke. sape2 nak cube rase silela dtg. bawak pinggan masing2 yo? hehehe.

Tuesday, April 19, 2011

kepelikan kemelandaan kedirian

tepon aku bunyik harini..
aik..petang2 ni sape yg nak kol aku? angkat je..salam diberi. dgr suara dia. owh..cikgu..(kawan aku. budak ganu.laki.umo same). "knape?",aku tanya. "sy ade bnda serius nk tanya awk ni syg. awk jawab jujur tau". blurrrpppp! aku terkedu. oh tidak! dgn cool nye aku tanya. "pe dia awk?", hehe. dgn selamba dia tanya. "awk sihat?". peh!!! sakit ati aku. rupe-rupenye dia just nak amik tau tahap kesihatan aku nie.hahaha. sengal punye cikgu. pelik aku rase. selalu dia msg je kalo nk kate pape.ni smpai kol pulak. sebenarnye byk kisah antara aku dan dia. teman tapi mesra. ahaks. tp dlu..aku yg wat hal. aku rendah diri. keluarga dia berada. aku hanya sedang2 saje. dia bekerjaya.org gomen. aku? tiada apa-apa. dia gigih mengumpul harta (kereta, rumah,tanah) utk jangkamasa panjang. aku lak bersyukur pe yg ade. sbb kerendahan diri ni la aku mintak pts ngan dia. n kami kawan selamanya. dia laki yg baik. selalu mengajar aku tentang agama. dia matang.xjemu layan sifat xmatang aku nie. tapi lepas pe da jadi. dia pon takot n xberani nk bercinta. dulu pernah terdetik aku fimir. dia org yg terbaik utk aku.kami saling melengkapi. tp atas pertimbangan waras aku. aku sedar. aku perlu lepaskan dia untuk someone yg lebih baik nanti. menyayangi xsemestinya memiliki. aku redha. mengenali dia sudah cukup buat aku bahagia n rasa sempurna. KAMI HANYA KAWAN. xlebih dari tu. tempat aku mengadu segala masalah. kecuali CINTA. hehe. aku sentiasa mendoakan agar dia dikurniakan seorang insan yg mampu menyayangi dia kerana diri dia seadanya.bukan aspek lain. hihi.dah2.stop.sedih lak rase.hahahaha

aku suke outdoor activity!!






ni gambo2 time blaja dulu..sgt suke sgt enjoy..sgt best..masuk utan,kuar utan. sgt mengajar diri ni supaya tahan lasak..panjat sane..panjat sini..hehe. sape kate perempuan xleh join aktiviti lasak? cer citer cer citer..hehe.bile dekat ngan alam nie,sume masalah hilang.aman je rase tgk kehijauan alam. lame dah tinggalkan semua tu. teringin jugak join mount climbing hari tu.tapi takot semput lak. almaklumler da lame xjoin.

aku peminat prison break




hehe..bkn peminat saje tp minat gile3..season last aku tgk banyak kali. sebab ape? aku suke michael selamatkan sara dari penjara..sgt sedih..setelah susah payah mereka dpt bersama idup aman sejahtera..si sara ni kena tangkap sebab de video menunjukkan dia tembak sumone (tapi dlm video tu xnmpk ler) yg dia tembak mak si scofield nie. sadisnyerrr..sara pregnant. masuk penjara ramai lak nk bunuh dia sebab dia bini si michael ni ha. nasibla ade si gretchen (walaupon jahat) aku tabik spring sbb dia sgup korban biarkan sara lepas n suh bg sumting kat anak dia as adiah besday. part paling merobek2..mengoyak2 ati aku bile dorg nk kuar dari penjara. taktik michael xjadik. pintu xleh bukak. michael berkorban demi sara dan baby (michaeljr.)uwaaaaaaa!!! mau nangis berjuta kali aku tgk.sebab aku memg suke gile wenworth miller nie..ensem bangetttt.sara lak sgt santek. mcm pinang yg xdibelah.padan banget!! terkorbannya michael scofield si genius demi isteri dan bakal anak tercinta..syahdu!! tp on the other hand..aku marah ngan pengarah nie. napela biar watak michael tu mati..hohoho..sedih tau x. berkabung aku .(ni kipas susah mati). I LOVE U MICHAEL SCOFIELD. ahaks!! my all time favourite. datangle leverage..house..hawai five 0..blue bloods ape ke..PRISON BREAK still no.1!!!!

Monday, April 18, 2011

CHINTA

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Sumber: Azdriana

berbicara tentang mekap

hehe.pelik kan kalau aku berbicara tentang mekap?? (bagi yg knl aku la). actually, bagi aku la. mekap ni sumthing yg boleh beri keyakinan pada seseorang. yela. xsemua orang dilahirkan dengan rupa paras yg mabeles dan gojes macam j lo ke..erra ke..hehe. contohnye aku nie.(bukan rendah diri tp memang kenyataan). sebelum kuar rumah,memangla tak leh lupe benda alah name mekap ni walaupon cuma secalit bedak. (secalit ke? kang mcm ane lak) hahaha. ni ala-ala rekemen mekap ni. aku sgt suke gune BB Cream yg gojes terutamanya produk Cosway- L'élan Vital Magical Makeover B.B Cream SPF42/PA+++ . hehe. bagi yg lum try..try la. xberminyak n sgt rata. xpayah pakai bedak after ni pon boleh. harga paling mahal jejak rm59. tp belila time promo. rm35 ajer..then leh gune bedak Miyami 2- way foundation yg sememangnye sgt fofular..mabeles!! hehe..pastu..i'm ready to go.ekekek. lipstick xde.eyeliner xde. sgt sloppy kan aku? wakakaka.ni produk2 yg aku gune:


what kind of girl??

ANDA BAGAIMANA??? heheh

HARD DISK GIRLS:
she remembers everything, FOREVER
(dia ingat semua perkara selama-lamanya - kalau tak 'rosak' la)

RAM GIRLS:
she forget about you, the moment you turn her off
(dia akan lupakan anda, bila anda menolaknya)

WINDOW GIRLS:
everyone know that she can’t do a thing right, but no one can live without her.
(semua orang tahu bahawa dia tidak mampu buat apa pun dengan betul, tapi tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpanya)

SCREENSAVER GIRLS:
she is good for nothing but at least she is fun
(dia tidak berguna pun tapi menyeronokkan)

INTERNET GIRLS:
Difficult to access
(susah untuk diakses)

SERVER GIRLS:
Always busy when you need her
(sentiasa sibuk bila anda perlukannya)

MULTIMEDIA GIRLS:
She make horrible thing look beautiful
(benda yang hodoh dia boleh tukarkan jadi cantik)

CD-ROM GIRLS:
She is always faster and faster.
(dia semakin laju dan laju)

EMAIL GIRLS:
Every ten things she says, eight are nonsense
(setiap sepuluh perkara yang dia cakap, lapan adalah mengarut)

VIRUS GIRLS:
Also
known as “wife” when you are not expecting her, she comes, install
herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you
will lose something, if you don’t try uninstall her you will lose
everything…
(juga dikenali sebagai “isteri” bila anda tidak menjangka, dia datang,
melekat dan gunakan semua sumber anda. Jika anda mahu buang dia maka
anda akan kehilangan sesuatu, jika anda tidak buang dia maka anda akan
kehilangan kesemuanya….)

Anda gadis yang mana satu?

ops!!! hahahha. ni amek dari blog redhagirl.blogspot.com
aku=RAM GIRLS. wakakakkaka

Sunday, April 17, 2011

silly love songs

hehe..i'm a glee addict!! tp lagu ni best sesangat. kalo xsilap lagu ni lagu Paul McCartney. betol ke? haha..yela kan..bukan zaman aku. sgt comel the warblers buat performance lagu ni dl episod glee baru2 nie. nak2 solo dia. cute!! ahaks. Love song isn't silly. hehe. dahla..bebel2 jek..layannnnnn!!!
p/s : I LOVE U MUHAMMAD HANIF!!!



Bila aku berbisnes

Topik bebel hr ni tntg bisnes. I looovee bisnes.hehe.kalau dlu kat skola.kelab bt bisnes dedication float.memg untung gle2.dhla without modal.tu la kali ptama aku rasa titik peluh aku sndri.dijadikan cerita,g blaja jhr..g blaja ganu.last2 niaga gak yg aku pilih.buat pekak la.lantak org nk ckp ape.kita ni xhdup dek puji.xmati dek keji.just go with the flow la.hehe. Tp sbg org bru.naif memg naif.bkali2 gak kna tipu.tp lg perit bld mlibtkn hati n perasaan.pnh ada sorg mamat A. Aku knl kat 1 forum la.gle mati2an mtk aku ajar tntg bisnes.ngn perasaan melayu nk tlg melayu.aku tlg dia.makin hari knl dia.makin byk info dia dpt.mula bkawan.dia ajak kapel.tp time tu aku single but not availble.haha.sms.kol.kua pnh skali dua.skali time aku tnjuk tmpt borong.2nd time kat mitc time papa n mama ada. Bpe hri pas dia set up biz dia,dia hilang xdpt dkesan.stelah bminggu2.dia sms. 'ko jgn kco aku lg leh? Semak bodoh! Xpyh tau bisnes aku.nti bini aku marah..! '. 1 je pkataan aku mampu kate. BODOHNYE AKU. buat baik bpada2.jgn biar diri dtipu idup2.kerna diriku bgitu bharga.ahaks!

Saturday, April 16, 2011

Awi Rafael - Pulanglah (with lyrics)

setelah lame xde post..hari ni rase nk share lirik lagu by awi rafael. song yg sgt catchy.best.smart.lirik pon best. chewahhhhh! mcm de kena mengena je ngan life aku nie.hehe.jommmmm tengok lirik dia..

PULANGLAH-AWI RAFAEL

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Verse
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Chorus
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Ulang Chorus

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Verse
Ulang Chorus 2X
Ulang Verse

Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu

Ulang Chorus 2X