ini kisah benar. dan kisah ini benar belaka.tiada tokok-tambah...
mlm tadi sedang aku asyik berniaga. ternampak kelibat seseorang dgn beg dan harmonika dia. ingatkan dia nak jalan terus.tp sebaliknya dia berhenti dan terus meletakkan beg di tepi geraiku. dia mencari-cari sesuatu didalam beg galasnya. oh! baju.."dia nak salin baju ke?",aku menoleh. tiba-tiba dia membentangkan bajunya di tengah2 'trafik' yg ingin masuk ke geraiku. panas juga hati ni. kelihatan dia mengeluarkan 2 keping not rm1 dari poketnya dan diletakkan di atas bajunya tadi. umpan seorang peminta sedekah. sungguh berkat. dalam masa 5 minit, tak kurang rm5 dia perolehi. setiap manusia yang lalu lalang,tidak 'melepaskan peluang' untuk menderma kepadanya. percaya atau tidak, dalam masa xsampai 15 minit, dia berjaya memperolehi lebih kurang rm30-40. wah!!! lebih berjaya dari seorang peniaga macam aku. tiada modal. untung bersih! pemurahnya rakyat malaysia. aku bangga. tapi maafla. aku tidak pernah bersimpati pada dia. kerana apa?? kalaulah setiap pemberi sedekah itu tahu kemanakah duit itu akan dibelanjakan. mahukah mereka bersedekah? sekian lama aku memerhati dia. hampir 6 bln mengenali dia. teringat 1 kisah lepas tengah malam. kira-kira 3bulan lepas.masa baru nak balik berniaga.aku pernah nampak dia terbaring dicelah-celah kereta ditempat letak kereta di kawasan yang gelap. aku sangkakan orang pengsan.bila kuhampiri, dia bingkas bangun. jalan terhuyung-hayang. membuat aku lari lintang pukang ketakutan. dia mabuk!! masyaallah!! bukan sekali. bukan 2 kali. tetapi DIA SERING MABUK!! mereka tentu tak mahu menjadi penggalak untuk seseorang membeli air syaitan tu..
Kadang-kadang, tidak mengapa kita menjadi kedekut. Kedekut untuk tidak menggalakkan mereka berbuat sesuatu yg tidak baik adalah sesuatu yang baik. seeloknya, jika mereka kata mereka lapar. berilah mereka makanan(ni alasan sering kita dengar). kalau mereka menolak..faham-fahamla. mereka hanya nak duit.cara senang. sungguh licik. ini baru kisah seorang pemabuk a.k.a peminta sedekah. belum lagi si 'pemimpin' orang buta. nanti aku post lagi. in kisah 2#
Our New Bundle of Joy: Aisy Nuh Qaied
-
Hari ini genap 60 hari Aisy Nuh Qaied dilahirkan. Rasa mcm nak share je
pengalaman mengandung ke 5 ni, unexpected. Masa dapat tahu period delay dan
“dou...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment